- advertisement -

TV3 akan bawakan sekali lagi telefilem bergenre komedi berjudul Mr Maid Suami Ibu yang akan menemui penonton pada 4 Mac 2022 di TV3.

Sebuah telefilem arahan Nizam Zakarian ini mempertaruhkan kisah yang berbeza daripada telefilem lain yang mana bakal menyaksikan telatah lucu Izzue Islam yang bergandingan dengan Aishah Ilias dan Faye Kusairi.

Tayangan : TV3
Pengarah : Nizam Zakaria
Penerbit : Harvinder Uppal
Produksi : Merpati Entertainment Sdn. Bhd.

mr maid suami ibu

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Izzue Islam, Aishah Ilias, Faye Kusairi. Manakala menampilkan pelakon kanak-kanak iaitu Iman Rifqi, Khaty Azean, Adam Lee dan ramai lagi lagi pelakon lain.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Izzue Islam sebagai Hadi
  • Aishah sebagai Myazara
  • Faye Kusairi sebagai Dahlia
  • Iman Rifqi sebagai Arjuna
  • Katy Azean sebagai Tok Wan
  • Adam Lee sebagai Adli

Sinopsis Telefilem Mr Maid Suami Ibu

Telefilem Mr Maid Suami Ibu mengisahkan Arjuna Hakim, anak yatim piatu sejak dimana ibu bapanya terbabit dengan kemalangan jalan raya. Arjuna dibesarkan oleh kawan ibu kandungnya iaitu Myazara.

Myazara menjaga Arjuna seperti menatang minyak yang penuh, namun sejak naik pangkat sebagai penolong akauntan, Myazara sering pulang lewat dan tiada masa bersama Arjuna.

Arjuna berasakan dirinya terabai apabila Myazara sering menjemputnya lambat dari pusat jagaan. Arjuna melarikan diri dari taska kerana merajuk dengan Myazara.

Hadi, seorang lelaki yang memiliki perniagaan pusat gimnasium ternampak Arjuna duduk di taman berseorangan. Hadi memujuknya dan menghantar ke taska semula.

Arjuna memaksa Myazara mengambil Hadi sebagai pembantu rumah, tetapi Myazara menolak. Myazara mengambil pembantu rumah, bagaimanapun kerana tidak tahan kerenah Arjuna, pembantu itu melarikan diri.

Hadi akhirnya terpaksa menjadi pembantu rumah ketika Myazara bekerja. Konflik timbul apabila mereka mula jatuh cinta.

  • mr maid suami ibu
  • mr maid suami ibu

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Mr Maid Suami Ibu yang akan bersiaran pada 4 Mac ini, hari Jumaat, pukul 10.00 malam di saluran TV3. Anda juga boleh saksikan secara online di Tonton.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here