- advertisement -

Telefilem Misteri Jam Vintage yang akan ditayangkan di Astro Citra pada 23 Januari merupakan sebuah cerita seram komedi keluaran Astro.

Buat pertama kalinya telefilem Misteri Jam Vintage ini akan menampilkan penyanyi Gegar Vaganza 7 atau alumni Akademi Fantasi, Linda Nanuwil sebagai pelakon. Ianya juga digabungkan dengan pelakon berpengalaman, Nazim Othman di dalam cerita ini.

BACA : Info Dan Sinopsis Telefilem Diva Dari Jakarta (Astro Citra)

Produksi

Telefilem Misteri Jam Vintage ini diarahkan Che Mie dengan Mike Alias sebagai penulis skrip. Telefilem ini diterbitkan oleh Azmi Musa bersama-sama dengan DZ & Shafieq Todak TV sebagai penerbit eksekutif. Telefilem ini merupakan terbitan daripada Suar Channel Sdn. Bhd.

- advertisement -

Pelakon

Cerita ini dibintangi oleh Nazim Othman (Lokman), Linda Nanuwil, Adam Shahz, Fendi Seman, Zainol Macwilson (Masri) dan ramai lagi

misteri jam vintage

Sinopsis Telefilem Misteri Jam Vintage

Telefilem Misteri Jam Vintage ini mengisahkan sebuah jam tangan vintage misteri yang dihadiahkan oleh Lokman (Nazim Othman) kepada bapa mertuanya bagi mengambil hati beliau. Sejak daripada itulah, pelbagai kejadian aneh dan misteri berlaku di rumah Masri (Zainol Macwilson).

Jadi apakah cerita disebaliknya? Adakah terdapat peninggalan misteri disebalik jam lama atau jam vintage tersebut? Saksikan telefilem ini

Waktu Tayangan

Telefilem Misteri Jam Vintage ini akan ditayangkan di slot Citra Eksklusif pada 23 Januari 2021, hari Sabtu, pukul 9 malam di Astro Citra (CH128) dan Citra HD (CH108). Anda juga boleh strim secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here