- advertisement -

TV3 akan bawakan semula telefilem berjudul Mentari yang akan disiarkan pada 18 Februari 2022. Telefilem ini pada asalnya pernah disiarkan pertama kali pada tahun 2018 yang lalu.

BACA : Telefilem Oh My Vaksin Di TV3

Sebuah telefilem hebat terbitan Suhan Movies & Trading menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Dato Rosyam Nor, Dato Adi Putra, Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson

Tayangan : TV3
Pengarah : Rashid Sibir
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Penerbit : Dato Rosyam Nor & Datin Runika
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

- advertisement -
mentari

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Dato Adi Putra dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Datuk Rosyam Nor sebagai Dato’ Ikmal
  • Zahirah Macwilson sebagai Mentari
  • Syafiq Kyle sebagai Firash
  • Dato Adi Putra sebagai Khalid

Sinopsis Telefilem Mentari

Telefilem Mentari mengisahkan Mentari yang ingin berkahwin dengan Firash selepas meluahkan hasratnya tersebut kepada ayahnya, Dato’ Ikmal. Namun begitu ayahnya sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya kerana dia bimbang akan kehilangan Mentari. Firash merupakan anak kawan baiknya sendiri.

Di saat Mentari dan Firash akan disatukan, ibunya mengingatkan Dato’ Ikmal bahawa dia tidak boleh walikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya. Dia mengimbas kenangan lalu, apabila isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu.

Oleh itu, Dato’ Ikmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya, Khalid. Dato Ikmal hampir tidak mahu dengar ingatan ibunya, mujur dia secara kebetulan bertemu Khalid, pencuci masjid yang menyimpan telefonnya yang tertinggal.

Dari situ terungkai asal usul Mentari, walaupun Mentari merajuk meninggalkan Dato Ikmal, tetapi Mentari seorang yang sangat memahami.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Mentari yang akan menemui anda pada 18 Februari ini, hari Jumaat, pukul 10.00 malam di TV3. Anda juga boleh saksikan secara online melalui portal online di Tonton

mentari

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here