Jangan lupa saksikan telefilem Mengharap Sebuah Keredhaan yang akan menemui penonton pada 20 Jun 2022, hari Isnin pada pukul 8.30 malam di slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : Slot Kuasa 3 Malam di TV9
Tarikh : 20 Jun 2022 (Isnin)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Sabri Yunus dan Shah Remy Ikmal
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Mache AllStar United Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Aeril Zafrel, Nad Zainal, Namron, Saidi Sabri, Fetty Dzul, Fana Azizan, Sabri Yunus dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Aeril Zafrel sebagai Amir
- Nad Zainal sebagai Syima
- Namron sebagai Talib
Sinopsis Telefilem Mengharap Sebuah Keredhaan
Telefilem Mengharap Sebuah Keredhaan mengisahkan tentang Syima yang merupakan seorang anak yang baik, namun hidupnya sengsara kerana ayahnya, Talib merupakan seorang penagih dadah.
Kemudian Syima berkahwin dengan Amir tanpa mengetahui siapa sebenarnya dia kerana Syima merasakan Amir seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Talib kemudiannya mengetahui yang menantunya itu merupakan seorang pengedar dadah.
Amir menyuruh Talib untuk membantunya mengedar dadah dan Talib agak keberatan kerana dia hanya seorang penagih dadah dan bukannya pengedar. Namun akhirnya Talib mengikut sahaja arahan daripada menantunya, Amir tersebut.
Kawan Syima yang kecewa melihat Syima berkahwin memberitahunya yang Amir bukanlah seorang lelaki yang baik kerana di merasakan Amir itu pengedar dadah. Namun Syima langsung tidak mempercayainya.