Jangan lupa saksikan telefilem Mencari Siratul Mustaqeem yang akan menemui penonton pada 2 Julai 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Cerekarama di TV3 atau secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 2 Julai 2022 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip, Fadilah Mansor dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem
Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem mengisahkan tentang Hadijah yang mahu hidup bahagian bersama anak dan cucunya. Tiada apa lagi yang dipinta tetapi kecapi kebahagiaan bersama keluarga yang tersayang.
Selain itu, dia juga mahu tumpukan perhatian kepada ibadah dan mencari Siratul Mustaqeem. Namun, ujian melanda Hadijah apabila anak-anaknya ditugaskan berjauhan dan hanya pulang sekali-sekala bagi menjenguk ibu atau neneknya tersebut.
Lebih teruk lagi apabila pandemik Covid-19 melanda seluruh Malaysia dan arahan PKP atau Lockdown dilaksanakan. Anak-Anaknya yang bertugas sebagai frontliner tidak dapat balik dan Hadijah dicengkam kesepian.
Ditambah pula dengan hasutan jiranya terutamanya Senah yang menyakitkan hati dan membandingkan dengan anaknya yang kaya dan dapat hidup bersama.
Situasi ini membuatkan Hadijah sedih namun kehadiran Ali dan keluarga kecilnya memberi sinar kepada Hadijah dan dapatlah beliau menumpang kasih.