Jangan lupa saksikan telefilem khas sempena Maulidur Rasul, Mencari Muhammad yang akan menemui penonton pada 8 Oktober 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Mazelan Manan
Pengarah : Dato Seri Eizlan Yusof
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Azri Iskandar, Aleeza Kassim, Syazwan Zulkifli, Reen Rahim, Zulkifli Ismail, Shafiq Sahli, Adam Shahz dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Azri Iskandar sebagai Hisyam
- Aleeza Kassim sebagai Sofea
- Syazwan Zulkifli sebagai Arieff
- Reen Rahim sebagai Balqis
- Syaffiq Sahli sebagai Raykal
- Adam Shahz sebagai Hamdan
- Zulkifli Ismail sebagai Imam
Sinopsis Telefilem Mencari Muhammad
Telefilem Mencari Muhammad mengisahkan tentang Hisyam yang telah mendermakan 1/4 hartanya serta membekukan 2/4 lagi dengan mewasiatkan harta itu adalah milik Muhammad.
Disebabkan tindakan yang dibuat oleh Hisyam tersebut telah menimbulkan kontroversi dan spekulasi dalam keluarganya sendiri kerana mereka tidak kenal siapa Muhammad yang bakal menerima yang penama yang disebutkan dalam wasiat tersebut.
Siapakah Muhammad yang dimaksudkannya?



