- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Menantu Nista yang akan menemui penonton pada 6 Ogos 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Cerekarama di TV3 atau secara online di www.tonton.com.my.

Tayangan : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 6 Ogos 2022 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Idea Asal : Chee Soo
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Emma Maembong, Normah Damanhuri, Sherie Merlis, Mahmud Ali Bashah, Syazuwan Hassan, Raja Azmi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Emma Maembong sebagai Sofea
  • Sherie Merlis sebagai Nora
  • Normah Damanhuri sebagai Nek Yam
  • Syazuwan Hassan sebagai Armin

Sinopsis Telefilem Menantu Nista

Telefilem Menantu Nista mengisahkan tentang Sofea seorang gadis yang mempunyai masalah dengan ibunya, Nora. Sofea sudah berapa lama bercinta dengan Armin, keluarga Armin mahu masuk meminang dan uruskan majlis pernikahan antara kedua mereka, namun dihalang oleh ibu sofea.

- advertisement -

Bapa Sofea, Fauzi seorang pemandu van dan jarang berada di rumah. Nora sangat garang dan tidak memberikan kasih sayang buat anaknya. Ibu Fauzi iaitu Nek Yam tiba-tiba jatuh sakit membuatkan Fauzi mahu mengambilnya tinggal bersama mereka.

Hasrat ini ditentang keras Nora yang sememangnya tidak sebulu dengan ibu mentuanya. Daripada situ terbongkar kisah lampau yang menjadi punca Nora amat membenci Nek Yam.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here