- advertisement -

Saksikan telefilem baru sempena Aidiladha bertajuk Menantu Mek yang akan menemui penonton pada 10 Julai 2022, hari Ahad pada pukul 10.00 pagi di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Tayangan : Awesome TV
Tarikh : 10 Julai 2022 (Ahad)
Waktu : 10.00 Malam
Pengarah : Issey Fazlisham
Produksi : Red Bean Production Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Gesya Shandy, Issey Fazlisham, Kuza Muzani, Aishah Azman, Shiful, Hushairi Husain, Sabri Yunus, Damia dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Issey Fazlisham sebagai Mat Ju
  • Gesya Shandy sebagai Sari
  • Kuza Muzani sebagai Mek
  • Aishah Azman sebagai Mira

Sinopsis Telefilem Menantu Mek

Telefilem Menantu Mek mengisahkan Mat Ju yang telah berkahwin dengan seorang gadis Indonesia bernama Sari secara senyap-senyap tanpa pengetahun keluarga dan kemudian telah membawanya pulang ke kampung di Kota Bahru.

- advertisement -

Mat Ju yang sudah berkahwin dengan Sari membuatkan Mek iaitu mak kepada Mat Ju marah dengan tindakannya itu. Ini kerana Mat Ju sepatutnya akan bertunang dengan salah seorang gadis kampungnya iaitu Mira pada Hari Raya Aidiladha nanti.

Disebabkan itu juga, Jemie yang juga sukakan Mira tidak akan benarkan Mat Ju bertunang dengan pilihan hatinya tersebut. Jadi adakah pada akhirnya Mat Jun akan bertunang dengan mengikut cakap Mek nya atau setia bersama Sari?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here