Minggu ini, slot Ohsem Tele bakal membawakan sebuah telefilem terbaru tempata untuk tontonan ramai berjudul Mempelai Panda yang akan bersiaran pada 26 Januari 2022 di saluran Awesome TV.
BACA : Saksikan Telefilem Holiday Aji Tom (Awesome TV)
Sebuah telefilem arahan Opie Zami ini menampilkan pelakon-pelakon hebat dan terkenal di Malaysia seperti Zalif Sidek, Wanna Ali, Opie Zami dan ramai lagi
Tayangan : Ohsem Tele di Awesome TV
Pengarah : Opie Zami
Produksi : Opyglobal Pictures
Pelakon : Zalif Sidek, Wanna Ali, Opie Zami, Roy Azman, Mamak Puteh, Monica Picca, Fara Nadiah dan ramai lagi
- Zalif Sidek sebagai Borhan/Boobear
- Wanna Ali sebagai Zara
- Opie Zami sebagai Slash


Sinopsis Telefilem Mempelai Panda
Telefilem Mempelai Panda mengisahkan Borhan atau Boobear yang merupakan seorang pelawak upahan berpakaian panda yang bekerja keras untuk mengumpul duit sebagai wang hantaran untuk mengahwini Zara. Maknya telah menetapkan wang hantaran sebanyak RM20k untuk mengahwini anaknya.
Sepanjang proses mengumpul wang hantaran, Boobear bersama sahabat karibnya, Slash terjebak di dalam pelbagai masalah. Namun akhirnya Boobear berjaya mengumpul wang hantara itu sepenuhnya pada hari perkahwinannya.
Tetapi Boobear hadir dengan kostum pandanya manakala Zara hadir dengan pakaian pengantinnya. Adakah mereka akan berkahwin pada akhirnya?
Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan telefilem romantik komedi, Mempelai Panda yang akan bersiaran pada 26 Januari ini, hari Rabu jam 9.00 malam eksklusif di slot Ohsem Tele di Awesome TV (Astro CH123 & Myfreeview 112).
Dapatkan info lanjut berkaitan telefilem di Awesome TV menerusi laman web awesometv.my