Jangan lupa saksikan telefilem Maya Mila yang akan menemui penonton pada 3 Oktober 2022, hari Isnin pada pukul 8.30 malam di slot Kuasa 3 Malam di TV9 dan secara online di www.tonton.com.my
Telefilem ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk Sentuhan Maya Banyangan Mila karya Faranina Zulfar yang telah diterbitkan pada tahun 2004.
Tayangan : Slot Kuasa 3 Malam di TV9
Tarikh : 3 Oktober 2022 (Isnin)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Pouvin & Tommy Loh
Pengarah : Zamri Ismail
Produksi : Sha’s Media Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Mimi Lana, Azrel Ismail, Ridzuan Hashim, Hafiz Nolan, Julia Ziegler, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Mimi Lana sebagai Maya/Mila
- Azrel Ismail sebagai Harris
- Ridzuan Hashim sebagai Dato Hasbullah
- Hafiz Nolan sebagai Farish
- Julia Ziegler sebagai Datin Connie
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Siti
Sinopsis Telefilem Maya Mila
Telefilem Maya Mila mengisahkan tentang pasangan kembar seiras iaitu Maya dan Mila yang mempunyai personaliti yang berbeza.
Maya iaitu seorang kakak yang pemalu, serius dan tegas. Manakala Mila pula seorang adik yang periang dan ceria.
Mila telah pun bertunang dengan Farish. Dalam satu kemalangan, Mila telah berkenalan dengan Haris and ingin kenalkan Haris dengan Maya tetapi Maya enggan.
Mila membuat keputusan menyamar sebagai kakaknya. Tanpa mengetahui yang bahawa Haris mempunyai masalah mental.



