Selepas Matilah Mak Pontianak, kini mereka kembali lagi dengan telefilem Matilah Nak Kembali melalui slot Citra Eksklusif di Astro Citra pada 13 Mac ini.
Telefilem seram komedi merupakan karya asli dan juga diarahkan oleh Zacc Azhari Zain ini menampilkan barisan pelakon seperti Shiha Zikir, Arie Zahari, Azzam Shah, Qody Rany dan ramai lagi.
Tayangan : Citra Eksklusif (Astro Citra)
Karya Asal : Zacc Azhari Zain
Pengarah : Zacc Azhari Zain
Penulis Skrip : Epy Kodiang
Penerbit : Arie Zaharie, Azlan Zaharie dan Ezam Merican
Pelakon : Shiha Zikir, Arie Zaharie, Qody Rani, Azzam Shah, Anas Ridzuan, Roshafeez Abd Hamid dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Matilah Nak Kembali
Telefilem Matilah Nak Kembali mengisahkan tentang 3 jejaka yang berkawan baik dengan pontianak jelita. Namun terpaksa mengkhianati pontianak tersebut demi untuk membantu orang kampung yang diganggu saka.
BACA : Saksikan Filem Saka Nan Sepi Bermula 10 Disember Hanya Di Astro First
Waktu Tayangan
Matilah Nak Kembali akan menemui penonton pada 13 Mac 2021, hari Sabtu pukul 9 malam dalam slot Citra Eksklusif di Astro Citra dan Citra HD. Penonton juga boleh strim secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.