- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Masihkah Ada Raya Buatku pada 28 April 2023, 7 Syawal, bersiaran pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem dengan tayangan asal pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat KL Motion Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dengan nukilan skrip daripada Hafiz Yusuf dan Baizura Kahar.

Tayangan Asal : 2019
Siaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 28 April 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Hafiz Yusuf & Baizura Kahar
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Produksi : KL Motion Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Masihkah Ada Raya Buatku seperti Nad Zainal, Fizz Fairuz, adik Qaseh Shuhada, adik Hadi Putra, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Fizz Fairuz sebagai Zul
  • Nad Zainal sebagai Azura
  • Qaseh Shuhada sebagai Zara
  • Hadi Putra sebgai Zabil
  • Haeriyanto Hassan sebagai Pak Tam

Sinopsis Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku

Telefilem Masihkah Ada Raya Buatku mengisahkan tentang Zul yang tidak lagi menyambut Hari Raya semenjak isterinya, Azura menghidap penyakit strok dan lumpuh separuh badan.

Kehidupan Zul ditumpukan sepenuhnya bagi menjaga isteri dan membesarkan anak-anaknya di samping melakukan pelbagai pekerjaan harian demi menyara keluarganya.

Walaupun lumpuh dan menghidap penyakit, Azura bagaimanapun meluahkan hasratnya untuk berpuasa seperti dulu, tetapi Zul tidak mengizinkan kerana bimbang tahap kesihatan isterinya itu.

Sehinggakan Zul kadang-kadang mengeluh dan merasakan isterinya hanya perlu duduk di rumah agar tidak menyusahkannya dan anak-anak. Walaupun anak-anaknya itu masih kecil dan tidak mengerti apa-apa.

Tanpa disedari anak-anaknya yang kecil dan tidak mengerti tentang masalah yang dihadapi ayahnya itu bagaimanapun, berjaya membuat Zul berubah fikiran dan menerima hakikat bahawa kecacatan yang dialami isteri tercintanya itu bukanlah penghalang ataupun beban dan mereka juga layak untuk merasai kemanisan Ramadan dan keindahan syawal.

Masihkah Ada Raya Buatku
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here