- advertisement -

RTM akan bawakan semula sebuah telefilem thriller berjudul Mania yang akan menemui penonton pada 27 April 2022 menerusi slot Drama On 2 di yang diulang siar di siaran TV2.

Telefilem yang awalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini diarahkan oleh Along Kamaludin dengan hasil nukilan skrip oleh Irwan Mansor dan diterbitkan oleh syarikat produksi Multinet Aim Sdn. Bhd.

Slot Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Irwan Mansor
Penerbit : Nasharudi
Produksi : Multinet Aim Sdn. Bhd.

mania

Barisan Pelakon

Telefilem Mania dibarisi pelakon seperti Wanns Ahmad, Ashiqin Kamal, Fimie Don, Hairie Othman, Azeela Shadan, Dazrin Kamarudin dan ramai lagi

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Wanns Ahmad sebagai Adib
  • Fimie Don sebagai KC
  • Ashiqin Kamal sebagai Erin
  • Azeela Shadan sebagai Mama
  • Hairie Othman sebagai Papa
  • Dazrin Kamarudin sebagai Fakhri

Sinopsis Telefilem Mania

Telefilem Mania mengisahkan tentang Adib iaitu seorang pelajar kolej yang sedang mencari seseorang untuk jatuh cinta. Akhirnya Adib jatuh cinta dengan Erin, seorang janda yang dikenalinya di media sosial selepas mereka semakin rapat.

Pada awal pertemuan, Erin agak keberatan untuk meneruskan hubungan kerana jarak perbezaan umur dan darjat keluarga yang berbeza. Namun, Adib tetap bertegas untuk meneruskan hubungan kerana amat mencintai Erin walau apa pun dugaan yang mendatang.

Adib bagaimanapun tidak mengetahui hubungannya dengan erin bakal merubah hidupnya secara total. Apakah mania? Siapakah yang mania? Apakah benar bagai dikata cinta mampu mendorong seseorang menjadi gila.

mania

Waktu Bersiaran

Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa saksikan telefilem Mania pada 27 April ini, hari Rabu pada pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di siaran TV2.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menggunakan aplikasi mudah alih di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here