- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Mak-Mak Kesayangan pada 13 Mei 2023, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang dibawakan khas sempena Hari Ibu ini merupakan terbitan Poketplay Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shahnas Putra dengan penulisan skrip daripada tuan pengarah sendiri.

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 13 Mei 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Shahnas Putra
Pengarah : Shahnas Putra
Produksi : Poketplay Sdn. Bhd.

Mak-Mak Kesayangan

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Mak-Mak Kesayangan seperti Nadia Brian, Dalimawati, Fikhree Bakar, Lolly Sam, Masitah Zulghan, Rosedah, Siti Aminah, Azhar Hisham, Nurul Hidayat dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Nadia Brian sebagai Salina
  • Fikhree Bakar sebagai Faris
  • Dalimawati sebagai Mak Minah

Sinopsis Telefilem Mak-Mak Kesayangan

Telefilem Mak-Mak Kesayangan mengisahkan tentang Salina yang merupakan seorang sukarelawan Pusat Jagaan Nurul Jannah iaitu pusat jagaan warga emas perempuan.

IroninyaSalina menjadi sukarelawan kerana menyesal dengan perbuatannya mengabaikan ibunya dulu. Salina begitu dikenali dalam kalangan warga di pusat itu dengan sikap peramah dan kasih sayang yang ditunjukkannya.

Apatahlagi bila Salina santai dan terbiasa memanggil mereka dengan panggilan Mak, Ummi dan Bonda. Sikapnya itu semakin membuatkan hubungan Salina dan mereka bertambah mesra dan erat.

Sementara itu, Faris turut menghantar ibunya di situ. Ibu Faris, Mak Minah mempunyai penyakit Alzheimer. Mak Minah hilang ketika berada di pusat jagaan kerana mencari Faris. Faris telah meletakkan ibunya terus di pusat jagaan itu, sehingga ibunya meninggal dunia.

Takdir menentukan Salina akhirnya berkahwin dengan Faris. Setelah berkahwin, Faris tidak membenarkan Salina ke pusat itu. Mak-mak semua rindu dengan Salina. Namun adakah peluang untuk Salina kembali semula memeriahkan penghuni pusat itu atau pun sebaliknya?

Mak-Mak Kesayangan
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here