- advertisement -

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Mahram yang akan menemui penonton pada 4 Julai 2022, hari Isnin pada pukul 8.30 malam menerusi slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau tonton secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Kuasa 3 Malam di TV9
Tarikh : 4 Julai 2022 (Isnin)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Shahremy Ikmal
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Sha’s Media Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Izreen Azminda, Ashraf Muslim, Fauzi Nawawi, Tania Hudson, Lisdawati, adik Kirana Batrisya dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Izreen Azminda sebagai Saleha
  • Fauzi Nawawi sebagai Zamarul
  • Tania Hudson sebagai Amyra
  • Ashraf Muslim sebagai Ashraf

Sinopsis Telefilem Mahram

Telefilem Mahram mengisahkan tentang Saleha yang teringin benar untuk untuk menunaikan umrah atau haji di Mekah. Saleha merupakan anak yatim piatu, dia hanya mempunyai Zamarul saja yang merupakan suaminya dan juga mahramnya. Saleha menyimpan duit sedikit demi sedikit untuk pergi ke tanah suci itu.

- advertisement -

Walaubagaimanapun Zamarul enggan untuk pergi menunaikan umrah itu walau sudah beberapa kali diajak Saleha. Tanpa Zamarul, Saleha tidak dapat pergi ke tanah suci memandangkan Zamarul merupakan mahramnya.

Keadaan bertambah buruk apabila Zamarul telah berjumpa semula dengan bekas kekasihnya yang bernama Amyra, malah Amyra juga merupakan boss di tempat kerja Zamarul itu.

Mereka berdua kemudiannya menjalinkan hubungan cinta tanpa pengetahuan Saleha, Amyra juga tidak mengetahui yang Zamarul sudah mempunyai isteri. Setelah Saleha mendapat tahu tentang hubungan cinta suaminya itu, Saleha berjumpa dengan Amyra dan meminta Amyra supaya tidak menggangu suaminya lagi.

Walaubagaimanapun, Zamarul dan Amyra tidak dapat dipisahkan lagi dan menyebabkan Zamarul dan Saleha akhirnya bercerai.

mahram
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here