Hujung minggu anda kali ini akan disajikan dengan sebuah telefilem romantik komedi, Live Dari Kafe Kak Kona yang akan bersiaran pada 29 Mei 2021 di slot Cerekarama di TV3.

Pada minggu lalu, penonton disajikan dengan cerita seram dari Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri dan kali ini anda boleh santai bersama keluarga untuk saksikan barisan pelakon terkenal seperti Shiha Zikir, Nazim Othman dan Fadlan Hazim pula berlakon.

Tayangan : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Shahnas Putra
Penulis Skrip : Shahnas Putra
Penerbit : Ren Ryzam
Produksi : Brave Heart Studio Sdn. Bhd.
Pelakon : Shiha Zikir, Nazim Othman, Fadlan Hazim, Idlan Kasim, Rasya Sofea Dean, Azwan dan ramai lagi

live dari kafe kak kona

Sinopsis Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona

Telefilem Live Dari Kafe Kak Kona mengisahkan Kona (Shiha Zikir) yang mempunyai sebuah kafe, tetapi perniagaanya mengalami kerugian dari hari ke hari.

Dalam usaha untuk menampung semula kerugian kafe milik Kona tersebut, beliau berusaha mengupah seorang influencer, Zarin Payung yang bersetuju untuk membuat review secara percuma dengan beberapa syarat.

Adakah tektik ini berjaya untuk menarik semula pelanggan untuk datang ke Kafe Kak Kona? Mungkin ada berlaku beberapa masalah ketika usaha ini berlangsung?

  • live dari kafe kak kona
  • live dari kafe kak kona

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Live Dari Kafe Kak Kona pada 29 Mei ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di TV3. Anda juga boleh saksikan secara online di Tonton.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here