- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem khas sempena Aidiladha berjudul Lebai Sampan yang akan menemui penonton pada 9 Julai 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 dan tontan secara online di Astro Go.

Tayangan : Slot Citra Exclusive di Astro Citra
Tarikh : 9 Julai 2022 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Idea Asal : Zainorhisyam Samudin
Penulis Skrip : Muke Mourinho
Pengarah : Zainorhisyam Samudin
Produksi : Gambo TV

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Jalil Hamid, Ruminah Sidek, Que Haidar, Beto Kusyairy, Puteri Balqis, Haidin Nasir, Ruminah Sidek dan ramai lagi. Juga terdapat penampilan khas daripada Pak Nasir Jani.

Sinopsis Telefilem Lebai Sampan

Telefilem Lebai Sampan menceritakan kisah luar biasa seorang Lebai yang terperangkap di antara memenuhi rukun Islam yang terakhir di Mekah serta menjaga kakaknya yang berusia 75 tahun yang mana juga seorang yang buta penglihatan.

- advertisement -

Ianya mengisahkan tentang Ngah Omar juga dikenali sebagai Lebai Sampan yang menelan hakikat kehidupan di antara dua sempadan “hasrat” dan “takdir”.

Dihubungkan dua sempadan itu dengan dayungan kasih hakiki bersama kakaknya yang buta Zaleha, Hatta dianggap seperti anak dan Dian yang menumpang teduh ciri kebapaannya.

Semua dilakukan Lebai Omar dengan satu niat, persiapan jiwa untuk menunaikan fardhu Haji. Hal yang selalu diimpikan walau tiada kemampuan. Imej Mekah dalam simpanan di kamera 3D yang menjadi ubat segala kerinduan.

lebai sampan
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here