Jika minggu lalu penonton disajikan dengan telefilem seram berjudul Nota dan kali ini RTM akan bawakan sebuah telefilem baru berjudul Lari Cabi Lari yang akan disiarkan pada 21 Februari 2022 di slot Drama On 2 di TV2.
Telefilem arahan Megat Sharizal ini merupakan terbitan Funwerk Studios Sdn. Bhd. yang menampilkan pelakon seperti Eric Fuzi, Jasper Supayah, Syrul Ezwan, Sri Kumaran dan ramai lagi.
Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Megat Sharizal
Penulis Skrip : Hadi M Nor
Produksi : Funwerk Studios Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Eric Fuzi, Jasper Supayah, Syrul Ezwan, Sri Kumaran, Hafizee Hatta, Syafiq Aiman, Amirul Ilias, Kween Keela, Aqil Nahar dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Eric Fuzi sebagai Rahmat (Cabi)
- Jasper Supayah sebagai Mariah
- Syrul Ezwan sebagai Daniel
- Sri Kumaran sebagai Selvan
Sinopsis Telefilem Lari Cabi Lari
Telefilem Lari Cabi Lari mengisahkan Rahmat atau Cabi yang sering dibuli dan diejek sejak kecil sehinggalah sudah dewasa kerana tubuh badannya yang agak gempal.
Dia cuba menyesuaikan diri di kolej dan berkenalan dengan Mariah. Ketika itu juga, Cabi dibuli oleh rakan-rakannya termasuk Daniel hanya disebabkan kerana Cabi rapat dengan Mariah.
Disebabkan itulah, Selvan iaitu rakan serumah Cabi mencabar Daniel agar berhenti menganggu Cabi sekiranya Cabi dapat melayakkan diri mewakili kolej dalam acara larian 5000 meter.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Lari Cabi Lari yang akan bersiaran pada 21 Februari ini, hari Isnin jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di RTM TV2.
Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di portal RTM KLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store