Jangan lupa saksikan telefilem Langit yang akan menemui penonton pada 25 Jun 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 dan secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Idea Asal : Rozie Rashid
Penulis Skrip : Moonrahdin (PGRs Team)
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Eira Syazira, Azad Jasmin, Fauziah Nawi, Omar Abdullah, Anne Abdullah, Fadilah Mansur, Syed Ali, Syed Ali Murtadha dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Langit
Telefilem Langit mengisahkan tentang seorang suri rumah Raziah (Eira Syazira) yang berubah menjadi wanita berdikari dan pencari nafkah kepada keluarga setelah kematian suaminya.
Tidak rela pasrah dengan nasib hidupnya, Raziah keluar mencari pekerjaan dan cuba untuk berjaya dalam hidup, juga untuk memenangi semula rasa hormat daripada komunitinya.