Sebuah lagi telefilem fantasi fiksyen menarik daripada Astro Ceria iaitu telefilem Lagenda Puteri Felora yang akan ditayangkan pada 13 Januari 2021.
Astro Ceria kali ini memberi kelainan dan mempertaruhkan karya yang lebih segar. Jika sebelum ini melalui Lagenda Puteri Bulan, kini sebuah lagi telefilem dimensi baru iaitu Lagenda Puteri Felora yang mana beliau terperangkap di dunia moden.
Telefilem ini menyaksikan gandingan pelakon baru dan lama seperti Ruhainies, Aiman Tino, Dini Schatzmann, Cik B, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi.
Tayangan : Astro Ceria
Pengarah : Ben Nambiar
Pelakon : Ruhainies, Aiman Tino, Dini Schatzmann, Cik B, Datuk Fizz Fairuz, Lama Nodin, Vanida Imran, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.


Sinopsis Telefilem Lagenda Puteri Felora
Secara ringkasnya, telefilem Lagenda Puteri Felora mengisahkan Puteri Felora (Ruhainies) yang merupakan puteri tunggal Kerajaan Azania yang tidak menurut perintah ibubapanya.
Akibat pilihannya itu, Puteri Felora terperangkap di zaman moden bersama Mangku (Cik B), arnab kesayangannya. Di dunia masa kini, Puteri Felora diselamatkan oleh Mama (Vanida Imran) dan keluarganya, namun Puteri Felora perlu segera mencari jalan pulang untuk menyelamatkan Azania dari kemusnahan. Dapatkan Felora pulang dan selamatnya kerajaannya?
Waktu Tayangan
Telefilem Lagenda Puteri Felora akan disiarkan pada 13 Januari 2021, hari Rabu, jam 9 malam di Astro Ceria (631) dan Ceria HD (611). Telefilem ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand.