- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Ku Cari Jannah pada 29 April 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat Crossfire Studio Sdn. Bhd., diarahkan oleh Adam Hamid dengan penulisan skrip daripada Ramlah Rashid.

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 29 April 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Ramlah Rashid
Pengarah : Adam Hamid
Produksi : Crossfire Studio Sdn. Bhd.

Ku Cari Jannah

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Ku Cari Jannah seperti Syazuwan Hassan, Khalida Balqis, Datin Fadilah Mansor, Kay Maria, Shyrim Husni dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Syazuwan Hassan sebagai Rizarul
  • Khalida Balqis sebagai Jannah
  • Fadilah Mansor sebagai Mak Uda
  • Kay Maria sebagai Cik Semah
  • Shyrim Husni sebagai Tok Man

Sinopsis Telefilem Ku Cari Jannah

Telefilem Ku Cari Jannah mengisahkan tentang Jannah iaitu seorang gadis kampung lulusan STPM yang bercita-cita tinggi melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Jannah berkawan dengan Rizarul, anak ketua kampung. Rizarul melamar Jannah, tetapi pinangannya ditolak. Rizarul tidak dapat menerima hakikat pinangannya ditolak, lalu memujuk ibu Jannah dengan menaikkan hantaran sehingga RM20 ribu.

Kelabu mata dengan hantaran RM20 ribu itu, ibu Jannah menyatakan persetujuan, malah mencadangkan supaya terus bernikah tanpa bertunang dahulu.

Jannah difitnah melakukan sumbang sehingga dihalau oleh ibunya. Sejak itu, Jannah belajar hidup berdikari sehingga pulang semula ke kampung sebagai seorang usahawan tudung yang berjaya.

Ku Cari Jannah
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here