Jangan lupa saksikan telefilem khas sempena Aidiladha berjudul Korban Adha yang akan menemui penonton pada 9 Julai 2022, hari Sabtu pada pukul 12.00 tengah hari di salurah Astro Prima 105 dan tonton secara online di Astro Go.
Tayangan : Astro Prima 105
Tarikh : 9 Julai 2022 (Sabtu)
Waktu : 12.00 Tengah Hari
Idea Asal : Redzuan Shukor & Syawal Azrai
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Hisyam Hamid, Khatijah Tan, Meor Mohd, Puteri Rafasya, Shyrim Husni dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Korban Adha
Telefilem Korban Adha mengisahkan seorang anak yang dibenci oleh ibunya senditi tetapi akhirnya sanggup berkorban demi menyelamatkan nyawa ‘syurganya’. Wan seorang lelaki lembam yang selalu disisihkan keluarga akibat ibunya yang dendam dengan bekas suaminya.
Oleh kerana ini, Wan berkawan dengan Kudin iaitu seorang penagih dadah yang juga selalu melakukan kerja-kerja jenaya, tetapi Wan tidak terlibat dalam dalam kerja yang tidak baik itu yang mana ianya dibuat oleh Kudin.Pada satu hari, Wan telah tertangkap dek kerana kerja jenayah yang dibuat oleh Kudin dan dimasukkan ke penjara.
Dari hari ke hari, kesihatan ibunya, Shida semakin teruk dan perlukan penderma buah pinggang. Akhirnya, Wan yang demakan buah pinggangnya untuk ibunya.

