- advertisement -

Slot Drama On 2 diteruskan lagi dan kali ini RTM bawakan sekali lagi telefilem Kopi dan Latte yang akan bersiaran pada 8 Mac 2022 menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Sebuah telefilem terbitan Serindit Produksi dengan arahan M. Hafiez Othman menampilkan pelakon seperti Sharifah Sakinan, Ropie dan Amar Ashraf.

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Pengarah : M. Hafiez Othman
Penulis Skrip : Othman Sullia
Produksi : Serindit Produksi

kopi & latte

Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Sharifah Sakinah, Ropie, Amar Ashraf, Najua Nasir, Abby Nadzri, Pavithren, Dewa Sapri dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Sharifah Sakinah sebagai Nisha
  • Ropie sebagai Remy
  • Amar Ashraf sebagai Husin
  • Najua Nasir sebagai Jiha
  • Abby Nadzri sebagai Tipah
  • Pavithren sebagai Siva
  • Dewa Sapri sebagai Pak Taib

Sinopsis Telefilem Kopi & Latte

Telefilem Kopi & Latte mengisahkan Nisha yang telah menjalankan perniagaan sebuah kafe yang menjual berbagai-bagai jenis kopi susulan kecewa akibat putus tunang.

Setelah pemilik kopi itu meninggal dunia, Nisha menghadapi masalah untuk mendapat bekalan kopi yang sama rasanya. 

Nisha akhirnya bertemu dengan Remy seorang pengusaha ladang kopi di Janda Baik. Usaha memujuk Remy bagi menjadi pembekal cafenya, membuatkan Nisya lupa kepada Hussin. Namun Husin mempunyai agendanya tersendiri.

kopi & latte

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Kopi & Latte pada 8 Mac ini, hari Selasa, pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di RTM TV2.

Selain itu, anda boleh saksikan secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi mudah alih di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here