Jangan lupa saksikan telefilem Kontena Ana yang akan menemui penonton pada 16 Jun 2022, hari Khamis pada pukul 1.00 petang di Astro Citra 108, tonton secara On Demand atau strim di Astro Go.
Tayangan : Astro Citra 108
Tarikh : 16 Jun 2022 (Khamis)
Waktu : 1.00 Petang
Penulis Skrip : Bernard Chauly & Lisa Surihani
Pengarah : Bernard Chauly
Produksi : WayangWorks
Pelakon
Hanya terdapat seorang bintang atau pelakon dalam tefilem Kontena Ana ini iaitu Lisa Surihani yang memegang watak Puan Ana. Pelakon tambahan lain seperti Naz Effendy, Aizan dan Mohd Hairul hanya muncul sekejab sahaja
Sinopsis Telefilem Kontena Ana
Ana telah memasukkan semua isi rumahnya ke dalam sebuah kontena. Dia akan menyertai suaminya yang telah dihantar bekerja ke luar negara. Ketika dia baru hendak meninggalkan rumahnya tiba tiba dia mendapat pesanan sms dari suaminya – CERAI TALAK TIGA.
Berlatarbelakangkan tahun 2001, di mana perceraian melalui sms berlaku kepada Ana dan Ana bertekad untuk membetulkan keadaan.