Jangan lupa saksikan telefilem Kisah Hidupku yang akan menemui penonton pada 4 September 2022, hari Ahad pada pukul 10.30 malam di slot Cereka Ahad TV3 dan secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 4 September 2022 (Ahad)
Waktu : 10.30 Malam
Penulis Skrip : Aieesya Nur Adam
Pengarah : Dir Fitry
Produksi : Al Hidayah Productions Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Khayrisyah Kemal, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Fizz Fairuz, Erynne Erynna, Safwan Nazri, Indah Emeerlda, Adriana DFKL, Ameerul Asyraf dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Kisah Hidupku
Telefilem Kisah Hidupku mengisahkan tentang Ain yang mula memberontak selepas ibu bapanya bercerai. Keadaan menjadi lebih teruk selepas ibunya berkahwin lagi.
Dalam masa yang sama pula, kini Ain mula rapat dengan Farah yang sangat popular dalam kalangan rakan sekolahnya. Farah berasal dari keluarga yang kaya.
Oleh kerana ibu Ain tidak mampu memberi apa yang Ain inginkan, Ain mula bekerja secara sambilan. Dengan wang gaji yang diperoleh, Ain dapat membeli pakaian yang cantik.
Rudy yang nampak perubahan pada Ain mula mencari jalan untuk mengambil kesempatan terhadap gadis tersebut.