Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bawakan sebuah telefilem baru bergenre romantik komedi berjudul Kerusi Kecil yang akan bersiaran pada 16 Julai 2022 di slot Panggung RTM di TV1.
Sebuah telefilem arahan pengarah terkenal Ghaz Abu Bakar ini bakal membawakan sebuah jalan cerita yang dekat dengan masyarakat dengan menampilkan pelakon dan pelawak popular Zizan Razak sebagai teraju utama
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Penerbit : Mohd Ady Hafize Hanaffiah
Produksi : Adtisha Production


Barisan Pelakon
Antara barisan pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Zizan Razak, Bell Ngasri, Bella Astilah, Fabian Loo, Tisha Shamsir Alam, Wan Hanafi, Alvin Wong, Jesse Lim, Asri Ismail dan ramai lagi
Sinopsis Telefilem Kerusi Kecil
Telefilem Kerusi Kecil mengisahkan mengenai seoran lelaki kreatif dalam mengejar impian dalam dunia perniagaan perabot.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Kerusi Kecil pada 16 Julai ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1.
Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

