- advertisement -

Sebuah telefilem terbaru bertajuk Kerana Setitik Susu yang akan menemui penonton pada 30 November 2021 menerusi slot Kuasa 3 Malam di saluran TV9.

BACA : Saksikan Drama Keluarga Untuk Disewa Di TV9 (Diandra)

Drama ini bakal memberikan inspirasi terutama kepada wanita-wanita yang teraniaya di luar sana yang jatuh dan pada akhinya bangkit kembali.

Judul : Kerana Setitik Susu
Pengarah : Rusdi Ramli
Skrip : Adza Nasya Emie
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.
Pelakon : Izara Aishah, Azlee Khairi, Fimie Don, Ameerul Asyraf, Lynnda Sharudin, Sefik, Adam Sood dan ramai lagi

- advertisement -
kerana setitik susu

Sinopsis Telefilem Kerana Setitik Susu

Kerana Setitik Susu mengisahkan kegigihan seorang wanita, Nuh (Izara Aisyah) yang mula mengembala dan menjual susu kambing demi mendapatkan upah dan peroleh pendapatan daripada hasil jualan tersebut bagi merawat sakit ibunya.

Numun, akhirnya ibunya meninggal dunia dan Nuh membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah dan menerusi kehidupan di bandar besar tersebut.

Disebabkan itu, Nuh mencuba pelbagai pekerjaan dan dalam masa yang sama dia berkenalan dengan Mia iaitu seorang wanita yang baru diceraikan suaminya. Walaupun pemalu dan kurang keyakinan diri, Mia bersungguh-sungguh untuk bangkit demi mencari sesuap nasi.

Kesungguhan Mia untuk melariskan jualannya membuatkan Nuh kagum dengan semangatnya. Nuh dan Mia mula menghadiri kursus keusahawanan serta mempelajari cara-cara menjual secara online pula.

kerana setitik susu

Waktu Tayangan

Drama Kerana Setitik Susu ini akan bersiaran pada 30 November ini, hari Selasa jam 9.30 menerusi slot Kuasa 3 malam di saluran TV9.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here