- advertisement -

Minggu baru, penyiar Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga akan bawakan sebuah cerita baru iaitu telefilem berjudul Kerana Dia Isteri yang akan menemui penonton pada 11 April 2022 menerusi slot Drama On 2 di TV2.

BACA : Telefilem Pelampung Di TV2 (Drama On 2)

Sebuah telefilem arahan Raja Ahmad Alauddin yang bakal menampilkan gandingan pelakon hebat sebagai peneraju utama iaitu Rita Rudaini dan Adi Putra.

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Produksi : Spektra Selasih Sdn. Bhd.

- advertisement -
Kerana Dia Isteri

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Rita Rudaini, Adi Putra, Tiz Zaqyah, Hairi Safwan, Halmey Hamdah dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Kerana Dia Isteri

Telefilem Kerana Dia Isteri mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang susah iaitu Halimi dan Suhana bersama-sama anak-anaknya.

Demi anak mereka, Halimi terpaksa berpisah demi mencari pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarganya sehari-hati. Kerana mengikut nafsu, Halimi berlaku curang dan mula melupakan anak dan isterinya ketika bekerja di bandar.

Hinggalah suatu hari, Halimi terlibat dalam kemalangan dan cedera parah. Masih adakah peluang kedua buat Halimi?

Namun adakah Suhana isterinya sudi menerimanya kembali?

  • Kerana Dia Isteri
  • Kerana Dia Isteri

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Kerana Dia Isteri pada 11 April ini, hari Isnin pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online menerusi portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih dengan muat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here