- advertisement -

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bawakan sekali drama Kembar Kasih yang akan menemui penonton pada 26 April 2022 menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Telefilem arahan Syed Othman Syeda Ahmad ini pada awalnya di mainkan pada tahun 2022 dan kini diulang siar semula untuk tonton ramai.

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Pengarah : Syed Othman Syed Ahmad
Penulis Skrip : Ally Marisha Afrina

kembar kasih

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Aiman Hakim Redza, Reen Rahim, Dilla Ahmad, Haeryanto Hassan, Qya Hasmy dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Aiman Hakim Redza sebagai Mikael
  • Reen Rahim sebagai Mira/Maira

Sinopsis Telefilem Kembar Kasih

Telefilem Kembar Kasih mengisahkan tentang Mikael yang telah kehilangan isterinya, Mira yang meninggal dalam satu kemalangan jalan raya dan dia tidak dapat menerima kenyataan dan melupakan terhada isterinya itu.

Selepas setahun Mikael bertemu dengan Maira iaitu kembar isterinya yang mempunyai wajah seiras tetapi memiliki penampilan dan perwatakan yang berbeza.

Dia cuba mengubah penampilan dan perwatakan Maira mengikut citarasanya namun Maira enggan dan mahukan dirinya dicintai seadanya bukan kerana wajahnya yang serupa dengan kembarnya tersebut.

kembar kasih

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Kembar Kasih pada 26 April ini, hari Selasa pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Selain itu, anda juga boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi RTMKLIK dengan muat turun di Play Store atau App Store

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here