Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bawakan sekali lagi atau ulang siar telefilem Keluarga JJ yang akan bersiaran pada 21 Mac 2022 menerusi slot Drama On 2 di TV2.
Telefilem ini merupakan arahan Nuad Othman, terbitan Geltan Consultancy Sdn. Bhd. dengan menampilkan pelakon terkenal seperti Kazar Saisi dan Wan Sharmila.
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Pengarah : Nuad Othman
Produksi : Geltan Consultancy Sdn. Bhd.


Pelakon
Telefilem ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Kazar Saisi, Ungku Hariz, Aleza Shadan, Wan Sharmila dan ramai lagi
Sinopsis Telefilem Keluarga JJ
Telefilem Keluarga JJ mengisahkan tentang Jidin yang diterima bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Jidan, seorang pemilik sebuah syarikat.
Jidan, seorang duda yang sudah berumur hidup penuh sederhana sedangkan dia sebenarnya kaya telah menimbulkan rasa hairan kepada Jidin. Lebih menghairankan adalah Nana, seorang gadis yang disangka Jidin anak kepada Jidan, sebenarnya merupakan kekasihnya.
Tidak mahu keadaan menjadi rumit, Jidan meminta Jidin merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan ibu Nana, Puan Wati. Namun, Jidin pula jatuh hati kepada Puan Wati setelah pertama kali melihat wanita tersebut sewaktu menghantar Nana pulang.
Kejelitaan Puan Wati bagaikan seorang anak dara telah membuatkan hati Jidin tidak tenteram.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Keluarga JJ pada 21 Mac ini, jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2.
Selain itu, anda boleh saksikan secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.