- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem atau Super-tele Kelab Rojak yang akan mula ditayangkan pada 4 Mei 2023, hari Khamis dan seterusnya secara eksklusif hanya di platform web www.primevideo.com dan aplikasi Prime Video.

Telefilem original ini merupakan terbitan syarikat Redcomm, diarahkan oleh Khairil Anwar dengan cerita asal adalah daripada Suzanne Ong.

Tayangan : Prime Video
Tarikh : 4 Mei 2023
Cerita Asal : Suzanne Ong
Pengarah : Khairi Anwar
Produksi : Redcomm

Kelab Rojak

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Kelab Rojak seperti Ellya Keesha, Lion Chong, Sia Saara, Fatimah Noryyah, Steve Yap, Natasha Hudson, Louisa Chong, Melynna Rose, Nur Nabilah Huda dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Ellya Keesha sebagai Alicia Wong
  • Fatimah Noryyah sebagai Saleha
  • Lion Chong sebagai Ming Kit
  • Sia Saara sebagai Pavitra
  • Steve Yap sebagai Chen Wah/Papa
  • Natasha Hudson sebagai Nora/Mama
  • Louisa Chong sebagai Popo

Sinopsis Telefilem Kelab Rojak

Telefilem Kelab Rojak mengisahkan tentang Alicia yang berbangsa campuran dan suka menari. Ayahnya Cina dan ibunya Melayu. Alicia telah menetap di Bangsar sejak dia dilahirkan.

Tetapi apabila bapanya mendapat projek kerja ke Langkawi dan terpaksa pindah ke sana, satu keluarga itu turut terkejut. Di sekolah baharunya, Alicia berasa seperti ikan kehabisan air. Apabila dia dihukum kerana tidak memakai tudung sekolah dengan betul.

Dalam masa yang sama juga, dia telah menghilangkan gelang kesayangan ibunya. Supaya tidak diketahui oleh ibunya, dia cuba untuk mencari duit dan ingin menggantikannya tanpa pengetahuan ibunya.

Alicia bercadang untuk berniaga Rojak bersama rakan sekelasnya dan menamakannya Kelab Rojak. Adakah pada akhirnya Alicia berjaya mengumpul wang yang cukup dan dapatkan gelang yang sama?

Kelab Rojak
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here