Jangan lupa sempena bulan Kemerdekaan, saksikan telefilem Ke Hujung Nyawa yang akan menemui penonton pada 28 Ogos 2022, hari Ahad pada pukul 9.00 malam di TV Alhijrah atau secara online di AlhijrahPlus
Tayangan : TV Alhijrah
Tarikh : 28 Ogos 2022 (Ahad)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Azlina Pa’wan
Pengarah : Ayie Mustafa
Produksi : Padusi Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Fezrol Khan, Jue Aziz, Rozita Che Wan, Adam Shah, Ridzhuan Hashim, Natasha Elyzza, Chomel Fana dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Fezrol Khan sebagai Syed Azhar
- Jue Aziz sebagai Jannah
- Natasha Elyzza sebagai Maya
- Chomel Fana sebagai Aishah
Sinopsis Telefilem Ke Hujung Nyawa
Telefilem Ke Hujung Nyawa merupakan sebuah drama ilmiah yang penuh dengan warna warni kehidupan dengan mengisahkan tentang Syed Azhar yang merasa bertanggungjawab atas kematian pemandunya Aliff sewaktu menjalankan tugas.
Dia senantiasa terbayangkan wajah isteri Aliff iaitu Jannah yang meratapi pemergian suaminya. Tambah-tambah lagi apabila memikirkan masa depan anak mereka iaitu Aishah.
Bagi menjaga kebajikan Jannah dan Aishah yang ditinggalkan Aliff, Syed Azhar menikahi Jannah tanpa pengetahuan isteri pertamanya iaitu Maya.
Dugaan demi dugaan dihadapi Jannah setelah dia bergelar isteri kedua sehingga dia mengambil keputusan untuk menghilangkan diri demi kebahagian dan kedamaian Syed Azhar dan Maya.