- advertisement -

Ohsem Tele minggu ini akan membawakan sebuah telefilem baru berjudul Kasih Yang Ternoda dimana bakal menemui penonton pada 9 Februari 2022 menerusi saluran Awesome TV.

BACA : Telefilem Mempelai Panda Di Awesome TV (Ohsem Tele)

Sebuah telefilem terbitan Pencil Picturesd Record dengan arahan pengarah hebat, Along Kamaludin ini bakal menggandingkan Reen Rahim dan Hisyam Hamid sebagai teraju atau pelakon utama.

Tayangan : Ohsem Tele di Awesome TV
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Durrah Fatiha
Penerbit : Dato’ Normashayu Puteh
Produksi : Pencil Pictures Record Sdn. Bhd.

- advertisement -
kasih yang ternoda

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Reen Rahim, Hisham Hamid, Nur Nilam, Zain Hamid, Shahfi Rafiq, Azhar Amir, Zahrin Aris, Mili Supina, Alif Ali dan ramai lagi.

  • Reen Rahim sebagai Hanim
  • Hisham Hamid sebagai Faiz
  • Nur Nilam sebagai Suri
  • Azhar Amir sebagai Dato Jamal

Sinopsis Telefilem Kasih Yang Ternoda

Telefilem Kasih Yang Ternoda mengisahkan Hanim yang leka dengan kesenangan hidup telah diuji dengan penyaki barah. Kini di teringat kepada anak yang telah dibuang.

Ketika berusaha mendekati si anak dengan kasih sayangnya, muncul orang lain yang merebut anak itu daripada dia.

kasih yang ternoda

Waktu Bersiaran

Jangan terlepas untuk saksikan telefilem Kasih Yang Ternoda pada 9 Februari ini, hari Rabu jam 9.00 malam menerusi slot Ohsem Tele di Awesome TV (Astro 123 dan Myfreeview 112

Untuk ketahui info lanjut dan tonton pelbagai lagi kandungan drama, telefilem dan program tv, anda boleh layari laman web rasmi Awesome TV iaitu di awesometv.my

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here