Jangan lupa saksikan telefilem Kasih Dari Syurga yang akan menemui penonton pada 7 November 2022, hari Isnin pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 7 November 2022 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Mami Zubi
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Ritma Perintis Sdn. bhd.
Tonton Disini
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Zarina Zainuddin, Raja Azmi, Haeriyanto Hassan Muhammad Raizal Azrai, Meor Mohd, Mili Supina, Jasmid Hamid dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Zarina Zainuddin sebagai Suhaira
- Raja Azmi sebagai Mak Milah
- Haeriyanto Hassan sebagai Taufiq
- Muhammad Raizal Azrai sebagai Azli
- Meor Mohd sebagai Azam
Sinopsis Telefilem Kasih Dari Syurga
Telefilem Kasih Dari Syurga mengisahkan tentang Suhaira yang terkejut apabila doktor mengesahkan anaknya menghidap autisme pada umur lima tahun. Walaupun begitu, dia tidak kecewa kerana dia percaya itu juga rezeki dan dugaan dari Allah.
Baginya dikurniakan anak autisme kerana dia terpilih dan Allah sayangkannya. Namun sebaliknya dengan suaminya tidak dapat menerimanya lalu menceraikan Suhaira.
Muncul seorang lelaki yang ikhlas mahu membantunya sama-sama membesarkan anaknya itu. Adakah Suhaira menerima jodoh tersebut?

