Jangan lupa saksikan telefilem Kari Ayam Mama yang akan menemui penonton pada 12 September 2022, hari Isnin pada pukul 8.30 malam di slot Kuasa 3 Malam TV9 dan secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : Slot Kuasa 3 Malam di TV9
Tarikh : 12 September 2022 (Isnin)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Azlina Din
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Amyra Rosli, Izzue Islam, Datuk Rahim Razali, Adeline Tsen, Sangeeta Krishnasamy, Mior Darwish, Melanie Tan, Eryn Ghani, Ranjini Devi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Amyra Rosli sebagai Nia
- Izzue Islam sebagai Rash
- Datuk Rahim Razali sebagai Tok Man
Sinopsis Telefilem Kari Ayam Mama
Telefilem Kari Ayam Mama mengisahkan tentang Nia iaitu seorang gadis cantik yang sentiasa menjaga penampilan dan seringkali mendapat perhatian lelaki. Namun, Nia masih tidak boleh menerima kehadiran teman istimewa dalam hidupnya.
Rash pula adalah jiran baharu Nia dan mereka seringkali bergaduh semenjak kehilangan pokok daun kari milik Nia. Setiap pagi Nia pasti akan menyiram pokok kari yang ada di depan rumah.
Sudah dua tahun pokok kari itu berjasa dalam masakan Nia. Tambahan pula, datuknya Tok Man yang tinggal bersama, memang suka makan kari ayam. Tapi pagi itu Nia terperanjat apabila mendapati pokok kari itu telah hilang dan dipindahkan ke belakang rumah jirannya, Rash.
Nia tidak puas hati. Dia menggunakan kayu dan tali untuk menarik pasu pokok kari itu agar dekat dengan rumahnya, biar senang dicapai. Akhirnya pergaduhan tersebut telah memikat hati masing-masing.
Apakah pengakhiran kisah Nia dan Rash? Adakah cinta mereka akhirnya bersatu?



