- advertisement -

RTM TV2 akan bawakan sebuah telefilem komedi berjudul Kampung Si Rabun yang akan bersiaran pada 17 Januari 2022 menerusi slot Drama On 2. Sesuai tontonan seisi keluarga.

BACA : Saksikan Drama Primadona Makyung Bedah Di TV2 (Drama On 2)

Telefilem ini merupakan arahan MP Roslin dengan idea asal daripada Ika Sabreena hasil nukilan skrip oleh Hiada Mazni. Terdapat beberapa pelakon terkenal yang akan membintangi telefilem ini.

Judul : Kampung Si Rabun
Slot : Drama On 2
Pengarah : MP Roslin
Idea Asal : Ika Sabreena
Penulis Skrip : Haida Mazni
Produksi : MToons Media

- advertisement -
Kampung Si Rabun tv2 2022

Barisan Pelakon & Watak

Jadi antara pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Nafiez Zaidi, Neera Azizi, Along Cham, Wahid Senario, Azzahra Ahmad, Shamsul Ghau Ghau, Amyza Aznan dan ramai lagi.

  • Nafiez Zaidi sebagai Megat
  • Neera Azizi sebagai Cik Normah
  • Along Cham sebagai Jalil
  • Azzahra Ahmad sebagai Senah
  • Wahid Senario sebagai Pak Daud
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Tok Din
  • Amyza Aznan sebagai Mek Non

Sinopsis Telefilem Kampung Si Rabun

Telefilem Kampung Si Rabun menceritakan bagaimana sebuah kampung iaitu Kampung Cahaya yang semua penduduknya mempunyai masalah rabun seperti rabun dekat, rabun jauh dan rabun warna.

Kejadian mula menjadi kecoh iaitu sewaktu pemilihan ketua kampung yang barul. Jalil iaitu anak bekas ketua kampung dan Megat merupakan calon yang dipilih untuk menjadi ketua kampung yang baru.

Che Normah, ratu kampung Cahaya yang mempunyai masalah rabun warna merah dan Senah yang mempunyai masalah silau jatuh hati pada Megat.

Maka disinilah bermula pelbagai muslihat Jalil yang cuba mensabotaj Megat dek kerana cemburu kerana di juga ada hati terhadap Normah.

  • kampung si rabun
  • kampung si rabun

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Kampung Si Rabun pada 17 Januari ini, hari Isnin jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online menerusi portal RTMKLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasinya yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here