Minggu ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan sekali lagi atau ulang siar telefilem Kaligrafi Hati pada 29 Mac 2022 menerusi slot Drama On 2 di TV2.
BACA : Telefilem Hati Seorang Ibu Di TV2 (Drama On 2)
Telefilem yang dilakonkan di Temerloh ini merupakan cerita arahan daripada pengarah Hashim Rejab dengan hasil nukilan skrip oleh Aleesya Nur Adam.
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Pengarah : Hashim Rejab
Penulis Skrip : Aleesya Nur Adam
Penerbit : Munawir Khadri
Produksi : K&S Visions Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Dazrinn Kamarudin, Fatiya Latiff, Fauzi Nawawi, Haleeda Mazlin, Fara Nadiah, Rashid Jaafar, Halimatul Saadiah dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Kaligrafi Hati
Telefilem Kaligrafi Hati mengisahkan tentang Faisal seorang duda yang membesarkan anak tunggalnya Nasuha dengan penuh kasih sayang, pelbagai cabaran yang mereka hadapi.


Waktu Bersiaran
Jangan terlepas untuk saksikan telefilem Kaligrafi Hati pada 29 Mac ini, hari Selasa pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.
Selain itu, anda boleh tonton di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih di Play Store atau App Store.