- advertisement -

Nampaknya siri Kak Kek semakin popular, kali ini melalui telefilem Kak Kek Ngajar Opaa Kecek pula yang akan ditayangkan pada 23 Mei 2021 di Astro Ria.

Sebelum ini, watak Kak Kek pernah muncul bagi telefilem Kak Kek Baru Nak Up juga ditayangkan di Astro Ria melalui pelakon yang sama iaitu Catriona Ross. Sebelum ini Kak Kek baru nak mula berniaga secara online dan kali ni pula nak ajar Oppa untuk kecek Kelate pula.

Tayangan : Astro Ria
Pengarah : Hadith Omar
Penerbit : Ann Mokhtar, Jett Husain dan Dato’ Afeeq Iqnarcio Luis
Produksi : u2media Sdn. Bhd
Pelakon : Catriona Ross, Han Byul, Norreen Iman, PS Mansur, Rahman Hamid, Ali Habib dan ramai lagi

kak kek ngajar oppa kecek

Sinopsis Telefilem Kak Kek Ngajar Oppa Kecek

Demi memenangi gelaran ‘social media influencer’ terbaik, Kak Kek (Catriona Ross) mempergunakan seorang jejaka Korea, Hyun Jun (Han Byul) untuk menaikkan jumlah ‘views’ videonya tanpa menyedari niatnya itu akan melukakan hati Hyun.

- advertisement -

Dalam waktu itu juga, Kak Kek mengajar Hyun untuk menutur loghat Kelantan. Adakah Hyun mampu kecek kelate selepas ini? Atau adakah Hyun akan terasa hati selepas menyedari dirinya dipergunakan? Kena tengok nanti.

  • kak kek ngajar oppa kecek
  • kak kek ngajar oppa kecek

Waktu Tayangan

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Kak Kek Ngajar Oppa Kecek pada 23 Mei ini, hari Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria saluran 104. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau strim menerusi aplikasi Astro Go atau Ultra Box.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here