Sebuah telefilem menarik berjudul Kabur akan ditayangkan oleh penyiar rasmi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 13 April 2022 melalui slot Drama On 2 di TV2.
BACA : Telefilem Pelampung Di TV2 (Drama On 2)
Naskah ini diterbitkan oleh syarikat peroduksi Ambang Network Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Along Kamaludin.
Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Ambang Network Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nad Zainal, Dazrin Kamarudin, Annie Mosha, Azlan Mokhtar, Nur Qatriesha dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Dazrin Kamarudin sebagai Hilman
- Nad Zainal sebagai Widiya
- Annie Mosha sebagai Zetty
- Nur Qatriesha Eve Tania sebagai Mia
Sinopsis Telefilem Kabur
Kisah Kabur mengisahkan tentang seorang pembantu rumah, Widuya dari Indonesia yang menghidapi penyakit Schizophrenia. Dia yang pernah kehilangan anak sering diganggu oleh suara yang menyalahkannya atas kematian anaknya.
Suara itu juga mengarahkan dia mencari atau mendapatkan semula anaknya yang telah meninggal dunia. Dia kemudiannya mensasarkan anak majikannya yang seusia dengan anaknya sebagai ganti dan merancang untuk membawa kanak-kanak itu lari ke Indonesia.
Apakah rencana tersebut akan berhasil? Apakah kesudahan kisah ini? Sama-sama kita saksikan nanti.


Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Kabur pada 13 Apri ini, hari Rabu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.
Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau di aplikasi mudah alih dengan muat turun di Play Store atau App Store.