Seleksi telefilem kali ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bawakan sekali lagi telefilem Jun Anna yang akan disiarkan pada 22 Mac 2022 menerusi Drama On 2 di saluran TV2 untuk tontonan ramai.
BACA : Telefilem Keluarga JJ Di TV2 (Drama On 2)
Sebuah telefilem konflik kekeluargaan ini merupakan arahan daripada Khairi Azmi yang menampilkan lakonan Dayana Roza dan Dayang Areeda sebagai pelakon atau peneraju utama dalam cerita ini.
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Pengarah : Khairi Azmi
Produksi : Platinum Walk Sdn Bhd


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Dayana Roza, Dayang Areeda, Asri Azizah, Heidi, Puteri, Oshin, Syrim, Zeera Azizi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Dayana Roza sebagai Jue
- Dayang Areeda sebagai Anna
- Asri Azizah sebagai Hazlan
- Heidi sebagai Jamie
- Puteri sebagai Jaja
- Oshin sebagai Jeslina
- Syrim sebagai Bad
Sinopsis Telefilem Jue Anna
Telefilem Jue Anna mengisahkan tentang Jue iaitu seorang isteri yang baik menguruskan rutin rumah tangganya. Jue berhenti kerja apabila mengandungkan anak kedua.
Suaminya Hazlan sibuk dengan urusan kerjayanya dan jarang-jarang membantu Jue di rumah. Jue tambah tertekan dengan keadaannya yang sarat mengandung dan kerap merungut keletihan.
Kelahiran anak keduanya Jaja, menjadikan beban tugasnya makin bertambah. Jue kecewa dengan sikap suaminya Hazlan yang tidak mengendahkannya lalu dia bertemu dengan rakan sekolahnya, Suzanne seorang doktor dan pakar psikiatri.


Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Jue Anna pada 22 Mac ini, hari Selasa, pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di saluran RTM TV2.
Selain itu, anda boleh saksikan secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.