- advertisement -

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan membawakan sebuah telefilem kasih sayang kekeluargaan berjudul Jodoh Ayahku yang akan bersiaran pada 22 Januari 2022 di slot Panggung RTM di TV1. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

BACA : Telefilem Ambon (Panggung RTM TV1)

Biasa kita tengok drama-drama pencarian calon suami bagi si perempuan dan seterusnya menjalin hubungan cinta, berkongsi perjalanan kisah hidup dan akhirnya mendirikan rumah tangga.

Namun naskhah arahan Rosliana Roslie ini memberikan plot penceritaan yang sedikit berbeza apabila ianya mengajak penonton secara santai berkongsi momen indah lelaki separa usia cuba menentukan siapakah calon yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

- advertisement -

Kerana adanya dua calon, pastinya sukar untuk dibuat pilihan lagi-lagi ianya hadir pada waktu yang sama dan memenuhi citarasa dan juga serasi. Pada masa yang sama juga, ada hati yang perlu dijaga kan.

Judul : Jodoh Ayahku
Pengarah : Rosliana Roslie
Penulis Skrip : Rosliana Roslie & Tengku Elmas
Penerbit : Norfadila Zulkafeley
Produksi : Summit Treasure Sdn. Bhd.
Pelakon : Che Kem, Aishah Azman, Tunku Hanis, Shazzy Edora, Jesse Lim, Azzahra Ahmad, Daler Yusuf dan ramai lagi.

jodoh ayahku

Sinopsis Telefilem Jodoh Ayahku

Jodoh Ayahku mengisahkan watak utama iaitu abang Mus (Che Kem) yang telah lama mendudu dan cuba untuk mencari calon isteri yang baru sebagai peneman dikala berseorang di rumah.

Seolah faham dengan situasi tersebut, sahabatnya Kok Ming telah memperkenalkan dua orang calon yang dirasakan sesuai tetapi kemudiannya telah ditolak dengan baik oleh abang Mus. Pelbagai alasan diberikan oleh abang Mus yang akhirnya membuatkan Kok Ming akur dengan keputusan sahabatnya itu.

Sementara itu takdir pula mempertemukan Abang Mus berkenalan dengan dua wanita pada masa yang sama. Mereka adalah Shima (Tunku Hanis) dan Shikin (Aishah Azman) yang mana kedua-duanya memiliki ciri-ciri wanita baik yang dicarinya selama ini.

Sedar dengan situasi serba salah lelaki itu yang harus memilih antara kedua mereka untuk dijadikan calon isteri, Shima dan Shikin mencuba pelbagai cara dan helah untuk memenangi hati abang Mus. Di penghujung cerita, siapakah yang menjadi pilihan abang Mus?

  • jodoh ayahku
  • jodoh ayahku

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem bertajuk Jodoh Ayahku yang disiarkan pada 22 Januari ini, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1.

Telefilem ini juga ditayangkan menerusi portal online, RTM Klik iait rtmklik.rtm.gov.my dan rtm mobile. Anda boleh muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here