- advertisement -

Astro bawakan sebuah cerita telefilem seram bertajuk ‘Jin’ yang akan menemui penonton pada 20 November 2021 melalui slot Citra Exclusive di Astro Citra.

Sebuah filem arahan Jamal Khan ini merupakan terbitan produksi Arie Zahari Production yang menampilkan barisan pelakon seperti Fadhli Masoot, Eric Fuzi, Wanita Hasrita dan ramai lagi

Tayangan : Citra Exclusive Astro Citra
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Nur Maisurah Abd Rahim
Produksi : Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios
Pelakon : Fadhli Masoot, Eric Fuzi, Wany Hasrita, Dato Jalaludin Hassan, Tuan Asmawi, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi

telefilem jin

Sinopsis Telefilem Jin

Telemovie Jin ini mengisahkan watak Ray (Fadhli Masoot) yang merupakan seorang conten creator. Bagi mendapatkan ilham dan idea kandungan seterusnya, Ray membawa diri ke kawasan pedalaman di Perak.

- advertisement -

Apabila tiba di sebuah resort, selain daripada mengenali seorang gadis bernama Ayu (Wany Hasrita) yang juga seorang staf resort tersebut, Ray juga telah mengetahui kewujudan seekor jin (Eric Fuzi) di sana.

Oleh itu, Ray cuba menggali sejarah jin tersebut serta sejarah resort dan orang sekeliling. Ray tidak sabar untuk sebarkan rahsia yang diperoleh kepada pembaca dan penonton setia kandungannya.

Walaupun begitu, Ray dapati rakaman yang dibuat tidak boleh digunakan. Disebabkan itu, Ray perlu membuat ‘perjanjian’ kebenaran dengan jin tersebut bagi menggunakan rakaman yang ada.

telefilem jin

Waktu Tayangan

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Jin yang bakal bersiaran pada 20 November ini, hari sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here