Sempena Aidilfitri, anda akan disajikan dengan sebuah telefilem baru berjudul Jeman yang akan bersiaran pada 3 Mei 2022 menerusi siaran Awesome TV.
Kisah yang memaparkan kisah hidup seorang lelaki dewasa yang mempunyai masalah lembam ini merupakan karya daripada pengarah tersohor Rashid Sibir.
Tayangan : Awesome TV
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Opera Klasik Sdn. Bhd.


Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Iman Zulkarnain, Fauziah Nawi, Farah Ahmad, Mia Farhana, Khir Rahman, Ameerul Asyraf dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Iman Zulkarnain sebagai Jeman
- Fauziah Nawi sebagai Nenek
- Farah Ahmad sebagai Zainab
- Khir Rahman sebagai Jalil
- Ameerul Asyraf sebagai Samad
- Mia Farhana sebagai Ani
Sinopsis Telefilem Jeman
Telefilem Jeman ‘Ombak Berbisiki’ mengisahkan tentang Jeman yang berusia 20an mengalami masalah lembam, ibunya meninggal dunia ketika melahirkannya.
Kemudian, beliau dibesarkan oleh neneknya Mak Wan. Manakala ayahnya, Jalil sudah berkahwin lain.
Waktu Bersiaran
Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk saksikan telefilem Jeman pada 3 Mei ini, hari Selasa pada raya pertama pada pukul 9.00 malam di siaran Awesome TV (Astro 123 & Myfreeview 112).
Anda boleh dapatkan pelbagai lagi kandungan menarik baik siri drama dan telefilem Awesome TV di laman web awesometv.my