Sempena Aidilfitri, TV9 bawakan sebuah telefilem khas Raya berjudul Jangan Malu Menangis yang akan menemui penonton pada malam raya pertama iaitu pada 2 Mei 2022.
BACA : Drama 30 Hari Sebelum Raya (Diandra TV9
Telefilem ini merupakan arahan daripada pengarah Amie Maziah dengan hasil nukilan skrip oleh Nieza Nahar dan bakal bakal menampilkan penerbitnya sendiri, iaitu Datuk Rosyam Nor memegang watak utama sepanjang penceritaan.
Tayangan : Telefilem Khas Raya di TV9
Pengarah : Amie Maziah
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.


Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Datuk Rosyam Nor, Fauziah Latiff, Ozlynn Waty Ismail, Aprena Manrose, Harissa Adlynn dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Jangan Malu Menangis
Telefilem Jangan Malu Menangis mengisahkan tentang Ramlee iaitu seorang bekas kelasi kapal hidup bersendirian di sebuah kampung. Hidupnya sunyi walaupun mempunyai tiga orang anak, diisi dengan bayangan arwah isterinya, Haryati.
Selepas berlakunya satu kekecohan di kampung sehingga anak sulungnya, Maryam pulang ke kampung. Bayangan isterinya, Haryati terhapus setelah Maryam menyedarkan ayahnya bahawa ibu mereka telah meninggal dunia.
Akhirnya, Ramlee bersetuju untuk mengikuti Maryam ke ibu kota untuk tinggal bersama anaknya. Namun, kesibukan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing membuatkan Ramlee rasa tersisih.


Waktu Bersiaran
Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk saksikan telefilem Jangan Malu Menangis pada 2 Mei ini, hari Isnin pada pukul 9.30 malam di siaran TV9.
Selain itu, anda juga boleh strim secara online menerusi portal tonton.com.my atau di aplikasi Tonton Mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store