Jangan lupa saksikan telefilem Jalan Pulang yang akan menemui penonton pada 27 Disember 2022, hari Selasa pada pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 27 Disember 2022 (Selasa)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Meor Mardzuki
Produksi : Cahaya Panglima Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Adam Darwish, Razfareyza Fenge, Izz Anas Muzamil, Navien, Puteri Alani, Thaqeefah dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Adam Darwish sebagai Adam
- Razfareyza Fenge sebagai Abu
- Izz Anas Muzamil sebagai Pian
- Navien sebagai Gopal
- Puteri Alani sebagai Hada
Sinopsis Telefilem Jalan Pulang
Telefilem Jalan Pulang mengisahkan tentang Rayyan dan keluarganya yang baru berpindah ke kampung. Sikap Rayyan yang selalu leka dengan gajetnya menjadikan dia sombong dan tidak suka berkawan.
Abu pula seorang anak yatim tetapi ceria merupakan penduduk asal kampung itu. Abu bersama Pian dan Gopal ingin berkawan dengan jiran barunya Rayyan tetapi tidak dilayan.
Suatu hari, mereka semua menyertai Kem Bina Semangat. Rayyan, Abu, Pian, Gopal telah sesat di hutan. Jadi mereka terpaksa bergantung harap antara satu sama lain sehingga berjaya mencari jalan keluar.



