Petang Jumaat anda akan disajikan dengan sebuah telefilem berjudul Jalan Lain Ke Sekolah yang akan disiarkan pada 4 Mac 2022 menerusi slot Drama on 2 di RTM TV2.
Drama arahan Flora Juanis Sallemuda merupakan ulang siar sekali lagi untuk penonton menyaksikannya semula di kaca tv dengan menampilkan pelakon seperti Azam Pit, Jovenea Jim dan ramai lagi.
Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Flora Juanis Sallemuda
Produksi : FTV Productions
Pelakon : Azam Pit, Jovenea Jim, Clarice John Martha, Bibi Norsarah Jubar, Julien, Mohd Khafie, Carrie Didie, Maxine Julian dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Jalan Lain Ke Sekolah
Pada awalnya, telefilem ini bersiaran sempena Hari Guru iaitu pada bulan Mei 2020 yang lalu dan kini menemui penonton semula di RTM.
Telemovie Jalan Lain Ke Sekolah mamaparkan tentang semangat yang tidak kenal erti putus asa seorang guru seni, Cikgu Adam dalam memperkenalkan seni tarian di sekolah.
Beliau bersungguh-sungguh menyuntik semangat juang pelajar yang berbakat untuk berjaya dalam tarian berprestij.


Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Jalan Lain Ke Sekolah pada 4 Mac ini, hari Jumaat, pukul 3.00 petang di slot Drama On 2 di RTM TV2.
Jika anda tidak berkesempatan untuk menonton di tv, anda boleh saksikan secara online di portal RTM KLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih di Play Store atau App Store.