Telefilem Ismadi Belum Mati akan menemui penonton pada 24 April 2021 melalui slot Citra Exclusive di Astro Citra bagi menggantikan telefilem Ayat Dari Langit sebelum ini.
Kali ini, Astro bawakan cerita seram pula dengan dibarisi pelakon muda seperti Yusuf Bahrin, dan pelakon laman, Jaafar Onn, Imuda dan Jalil Hamid.
Tayangan : Citra Exclusive di Astro Citra
Pengarah : Megat Fauzi Isa
Produksi : Kus Semangat Aktor
Penerbit : Mega Fauzi Isa
Pelakon : Yusuf Bahrin, Shaza Bae, Imuda, Jalil Hamid, Jaafar Onn, D’boy Hamdan, Fudhail Anwar dan ramai lagi.
- Yusuf Bahrin sebagai ISMADI
- Shaza Bae sebagai MASNAH
- Jaafar onn sebagai PAK NON
- Jalil Hamid sebagai PAK DERIS


Sinopsi Telefilem Ismadi Belum Mati
Telefilem Ismadi Belum Mati mengisahkan Ismadi yang disangka telah mati oleh orang kampung kerana dilanggar kereta api ketika keluar mencari jodoh untuk ayahnya.
Ayahnya juga mengesahkan Ismadi telah mati apabila melihat mangsa tersebut memakai kasutnya seperti yang dipinjam oleh Masdi sebelum ini.
Selepas beberapa hari, Ismadi pulang semula ke kampung dan pastinya orang kampung terkejut kerana mereka telah mengkebumikan jenazahnya sebelum ini. Pastinya orang kampung sangkakan itu adalah hantu Ismadi.
Tapi betul ke Masdi belum mati? Atau itu memang hantu Masdi? Anda kena saksikan tele ini di Astro Citra.
Waktu Siaran
Jangan lupa saksikan telefilem Ismadi Belum Mati pada 24 April ini, hari Sabtu, pukul 9.00 malam di Astro Citra HD saluran 108. Anda juga boleh tonton secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go, percuma bagi pelanggan Astro.