Minggu ini, Awesome TV membawakan sebuah telefilem menarik untuk tontonan seisi keluarga. Saksikan telefilem Instafamous pada hujung minggu ini, 25 Julai 2021 menerusi slot Ohsem Tele.
BACA : Telefilem Sally Boss Di Awesome TV (Ohsem Tele)
Instafamous merupakan karya daripada pengarah Ariff Zulkarnain dengan dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Juliana Evans, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Tayangan : Ohsem Tele di Awesome TV
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip : Shamaine Othman
Penerbit : MYO
Produksi : Space Vision Sdn. Bhd.
Pelakon : Syafiq Kyle, Juliana Evans, Eyka Farhana, Zalif Sidek dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Instafamous
Telefilem Instafemous mengisahkan Sarah dan Fatin merupakan dua sahabat karib yang berlainan gaya hidup.
Kehadiran Aidil (Syafiq Kyle), seorang Influencer Photographer, menjadikan hidup Fatin (Juliana Evans) berubah, dia tiba-tiba dikenali di Instagram.
Keghairahan Sarah (Eyka Farhana) untuk bergelar ‘instafamous’ di Instagram mengakibatkan persahabatannya dengan Fatin renggang. Apakah kesudahannya? Saksikan Tele Filem INSTAFAMOUS.
Waktu Tayangan
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Instafamous pada 25 Julai ini, hari Ahad, jam 9.30 malam di Awesome TV salurang Astro 123 dan MyTV 112. Selain itu, boleh tonton pelbagai rancangan menarik menerusi aplikasi Awesome TV atau di website www.awesometv.my