Sebuah telefilem seram sedih, Ibu Belum Mati akan disiarkan di Astro Citra melalui slot Citra Exclusive sempena Hari Ibu pada 8 Mei 2021. Bersiap sedialah dengan tisu keh.
BACA : Tonton Telefilem Nasiya (Astro Citra)
Telefilem Ibu Belum Mati menampilkan pelakon utama seperti adik Kamarul Eqfa, Ramonan Zamzam dan Ben Amir. Telefilem ini telah diarahkan oleh Rashidi Ishak.
Tayangan : Citra Exclusvie Astro Citra
Pengarah : Rashidi Ishak
Penulis Skrip : Zuli Ismail
Penerbit : Siti Marzuliana Marzuki dan Wan Hasliza Wan Zainuddin
Produksi : KL Motion Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Adik Kamarul Eqfa, Ramona Zamzam, Ben Amir, Mubarak Majid, Kamarul Eqifshah dan ramai lagi.


Sinopsis Telefilem Ibu Belum Mati
Telefilem Ibu Belum Mati ini menceritakan tentang seorang budak lelaki 9 tahun yang bernama Saiful atau dengan gelaran Epul (Kamarul Eqfa) yang telah menyimpan rahsia paling besar.
Kerana sifat sayang serta merasakan keadaan tidak reda dengan kematian ibunya, dia menyimpan mayat ibunya di dalam peti ais! Seolah-olah menganggap ibunya masih hidup.
Ibunya pun tak belum lebih sebulan di dalam bilik. Apakah yang terjadi sebenarnya? Bagaimanakah ibunya boleh meninggal?
Waktu Bersiaran
Anda rasa teruja nak tengok apa kesudahannya? Jangan lupa saksikan telefilem ini pada 8 Mei, hari Sabtu, jam 9.00 malam melalui slot Citra Exclusive di Astro Citra HD saluran 108. Boleh juga tonton melalui On Demand atau melalui Astro GO.