Malam ahad anda akan dihiburkan dengan sebuah telefilem komedi bertajuk Holiday Aji Tom yang akan bersiaran pada 29 Ogos 2021 di Awesome TV.
BACA : Saksikan Telefilem Instafamous Di Awesome TV (Ohsem Tele)
Sebuah drama yang diarahkan oleh sutradara Aidilfitri Mohamed Yunos menceritakan tentang kekeluargaan bersama barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Jalil Hamid, Bunga dan ramai lagi


Judul : Holiday Aji Tom
Tayangan : Ohsem Tele Awesome TV
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos
Produksi : Tsar Asia Sdn. Bhd.
Pelakon : Syafiq Kyle, Jalil Hamid, Safwan Nazri, Bunga Isme, Syuhaida Abraz, Tengku Zara dan ramai lagi.
- Jalil Hamid sebagai Aji Tom
- Syafiq Kyle sebagai Jamil
- Safwan Nazri sebagai Safuan
- Bunga sebagai Sofia
OST Telefilem
Lagu : Mereng
Penyanyi : Bunga
Komposer: Bunga, John Jeevasingham, Karim Karam, Romal Melvyn, Ezra
Lirik: Bunga, John Jeevasingham, Karim Karam, Romal Melvyn, Ezra
Produser: John Jeevasingham, Ezra
Sinopsis Telefilem Holiday Aji Tom
Aji Tom adalah seorang bapa tunggal yang mempunyai hubungan renggang dengan tiga orang anaknya iaitu Jamil, Safuan dan Sofia disebabkan perwatakannya yang terlalu garang dan tegas.
Namun, jauh di sudut hatinya, dia teringin untuk berkumpul sebagai keluarga bahagia semula seperti semasa isterinya masih hidup.
Aji Tom mendapat idea untuk mengadakan sebuah percutian dengan harapan keluarganya akan menjadi lebih rapat dan saling menyayangi.


Lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi. Percutian itu bertukar menjadi huru-hara apabila pelbagai insiden lucu tak diingini berlaku dan konflik yang dihadapi oleh setiap seorang anak-anak Aji Tom.
Jamil cuba untuk membuatkan ayahnya, Aji Tom suka dengan isterinya yang bukan lah menantu pilihan.


Safuan pula asyik membodek Aji Tom supaya meminjamkan duit kepadanya untuk modal berniaga.
Sementara Sofia pula sibuk dengan dunia “instafamous” dan cinta baharunya yang hanya membuatkan Aji Tom merasakan percutian itu adalah satu kegagalan.
Waktu Tayangan
Jangan lupa saksikan telefilam Holiday Aji Tom pada 29 Ogos ini, hari Ahad, pukul 9.30 malam hanya di Awesome TV saluran Astro 123 dan MyTV 112. Selain itu, boleh juga tonton di www.awesometv.my